Hadis Sahih Bukhari No. 1955 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1955, Dari Asma binti Abu Bakar r.a. bahawa dia mengatakan: Saya datang kepada Aisyah ketika gerhana matahari dan orang-orang banyak sedang berdiri (solat Khusuf) dan dia sedang solat pula. Saya bertanya: "Mengapa orang banyak ini?" Aisyah mengisyaratkan dengan tangannya ke langit dan mengucapkan subhanallah. Saya bertanya: "Tanda (kekuasaan Tuhan)?" Dia menganggukkan kepalanya (membenarkan). Setelah Rasulullah saw. selesai mengerjakan solat, beliau memuji Allah, dan menyanjungNya. Sesudah itu beliau mengucapkan: "Segala sesuatu yang ku lihat, sekarang telah ku lihat di hadapanku, bahkan syurga dan neraka. Diwahyukan kepada ku bahawa kamu akan diuji (ditanyai) dalam kubur kira-kira serupa dengan fitnah dajjal. Adapun orang beriman atau orang Islam menjawab: "Muhammad datang kepada kami membawa keterangan, lalu kami terima dan kami percayai. Lalu dikatakan kepada orang itu: "Tidurlah dengan baik, kerana kami telah tahu bahawa engkau seorang, yang yakin!" Tetapi orang munafik atau orang-orang yang ragu-ragu mengatakan: "Saya tidak tahu, hanya saya mendengar orang banyak menyebut sesuatu, lalu saya sebut pula serupa itu." |