Hadis Sahih Bukhari No. 1954 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1954, Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Setelah Rasulullah saw. wafat dan Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah sepeninggal beliau dan beberapa orang yang murtad dari bangsa Arab telah murtad, Umar mengatakan kepada Abu Bakar: "Mengapa engkau perangi orang-orang itu, pada hal Rasulullah saw. telah bersabda: "Aku diperintahkan memerangi manusia sampai mengucapkan "Tidak ada Tuhan selain Allah". Kalau mereka telah mengucapkan "Tidak ada Tuhan selain Allah" nescaya harta dan jiwanya terjamin, kecuali menurut hak (keadilan), sedang perhitungannya dipulangkan kepada Allah." Abu Bakar menjawab: "Demi Allah! Sesungguhnya akan saya perangi siapa yang memperbezakan antara solat dan zakat, kerana zakat itu adalah kewajiban yang berkenaan dengan harta. Demi Allah! Kalau mereka tidak mahu membayar zakat yang pernah dahulu mereka berikan kepada Rasulullah saw. nescaya mereka akan saya perangi kerana itu." Kata Umar: "Demi Allah! Saya telah nampak bahawa Allah telah membukakan hati Abu Bakar untuk berperang, lalu saya mengetahui bahawa itulah yang benar." |