Hadis Sahih Muslim No. 1952 Jilid 4 Topik adalah Hias 1952. Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a. katanya: "Rasulullah saw. pernah diberi minuman oleh seseorang, lalu diminumnya sebahagian. Di sebelah kanan beliau ada seorang anak muda remaja sedang di kiri beliau beberapa orang tua. Beliau bertanya kepada anak muda tersebut. "Engkau izinkankah aku memberi minuman ini kepada orang-orang tua itu." Jawab anak muda, "Tidak! Demi Allah, aku tidak akan mengalah kepada siapa pun terhadap baghaianku dari pemberian Anda." Lalu beliau berikan minuman itu kepada anak muda tersebut." |