Hadis Sahih Bukhari No. 1952 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1952, Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Setiap umat ku masuk ke dalam syurga, selain orang yang enggan. Mereka bertanya: "Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu?" Jawab beliau: "Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu enggan." |