Hadis Sahih Bukhari No. 1939 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1939, Dari Abu Qilabah r.a. bahawa Malik menceritakan kepada kami, katanya: "Kami datang kepada Nabi saw. sedang kami pemuda-pemuda yang hampir sebaya. Kami tinggal bersama beliau selama dua puluh malam. Rasulullah saw. sangat halus perasaannya. Sebab itu, setelah beliau mendengar bahawa kami telah ingin bertemu dengan keluarga, beliau menanyakan kepada kami tentang keluarga yang kami tinggalkan. Lalu kami ceritakan kepada beliau. Nabi berkata: Kembalilah kepada keluargamu dan tinggallah bersama mereka. Ajarlah dan suruhlah mereka: "Disebutkan Oleh beliau beberapa hal. Ada yang saya ingat dan ada pula yang tidak.. (Di antara sabda beliau): "solatlah sebagaimana kamu lihat aku mengerjakan solat. Apabila tiba waktu solat, hendaklah azan salah seorang di antara kamu dan yang paling tua menjadi Imam." |