Hadis Sahih Muslim No. 1933 Jilid 4 Topik adalah Minuman 1933. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Pada malam terjadinya Isra' dan Mikraj, di Baitul Maqdis (Illiya) beliau disuruhi dua gelas minuman masing-masing berisi khamar dan susu. Setelah beliau meneliti kedua gelas itu. Maka beliau ambil gelas berisi susu. Kata Jibril, "Segala puji bagi Allah yang menunjuki Anda memilih yang suci. Seandainya Anda mengambil khamar, nescaya sesatlah umatmu." |