Hadis Sahih Muslim No. 1932 Jilid 4 Topik adalah Minuman 1932. Dari Al Bara' r.a. katanya: "Tatkala Rasulullah saw. berangkat dari Mekah hijrah ke Madinah, beliau diikuti oleh Suraqah bin Malik bin Ju'syum. Rasulullah saw. mendoa supaya Suraqah dihalangi Allah (agar beliau lolos dari kejarannya). Maka dengan seketika kaki kuda Suraqah terbenam ke dalam tanah (sehingga Suraqah terguling dan kudanya tidak dapat bergerak apalagi lari kencang). Kata Suraqah, "Doakanlah aku kepada Allah (supaya aku dan kudaku bebas), Aku berjanji tidak akan mencelakai Anda." Lalu dia didoakan beliau, maka bebaslah dia seketika itu juga. Ketika Nabi saw. meneruskan perjalanannya berdua dengan Abu Bakar beliau merasa haus. Namun mereka bertemu dengan pengembala biri-biri. Kata Abu Bakar Shiddiq, "Maka ku ambil mangkok lalu kuperah susu sedikit, kemudian ku berikan kepada beliau. Beliau meminum susu itu, sehingga aku merasa lega kerananya." |