Hadis Sahih Muslim No. 1929 Jilid 4 Topik adalah Minuman 1929. Dari Jabir r.a. katanya: "Seorang lelaki dari Jaisyan, sebuah negeri di wilayah Yaman datang kepada Nabi saw. lalu dia bertanya tentang jenis minuman yang dibuat orang di negerinya yang disebut "mizr" terbuat dari jagung. Tanya Nabi saw. "Apakah minuman itu memabukkan?" Jawabnya, "Ya, memabukkan." Sabda Rasulullah saw., "Setiap minuman yang memabukkan haram. Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla telah menjanjikan bagi orang yang meminum minuman memabukkan akan diberiNya (kelak di akhirat) sejenis minuman terbuat dari "thinatil khabal". Lalu para sahabat bertanya. "Ya, Rasulullah! Apa itu thinalil khabal?" Jawab beliau, "Keringat penduduk neraka." |