Hadis Sahih Bukhari No. 1928 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1928, Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya! Sesungguhnya aku bermaksud menyuruh mengumpulkan kayu api, kemudian ku suruh orang mengerjakan solat, Lalu orang azan untuk solat itu dan ku suruh orang lain untuk menjadi Imam bagi orang banyak. Sesudah itu aku pergi kepada orang-orang yang tinggal (tidak turut berjemaah), lalu ku bakar rumah mereka. Demi " Tuhan yang diri ku di tangan-Nya! Kalau (sekiranya seseorang kamu mengetahui akan memperoleh daging yang gemuk atau tunjang yang baik, tentu dia akan menghadiri solat Isyak (berjemaah)," |