Hadis Sahih Bukhari No. 1927 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1927, Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Tiga golongan tidak bercakap-cakap Allah dengan mereka dan tidak akan menyucikan mereka di hari kiamat dan mereka memperoleh seksaan yang pedih: 1. Orang yang mempunyai kelebihan air dalam perjalanan, tetapi dia tidak mahu memberikannya kepada musafir (yang memerlukan). 2. Orang yang setia kepada Imam (Kepala Pemerintahan), tetapi dia berjanji setia itu hanya kerana hendak memperoleh keuntungan dunia. Kalau dia diberi, dipenuhinya janjinya. Tetapi kalau tidak diberi, janji itu tidak dipenuhinya. 3. Orang yang jual beli suatu barang sesudah Asar, lalu orang yang membeli itu bersumpah dengan nama Allah, bahawa telah dibayarnya sekian, lalu dibenarkan oleh orang menjual. Maka diberikannya barang itu, pada hal yang sebenarnya belum dibayar." |