Hadis Sahih Bukhari No. 1926 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1926, Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang Arab dusun berjanji setia kepada Rasulullah saw. akan memeluk agama Islam. Tetapi orang itu tidak sesuai kesihatannya dengan udara Madinah. Lalu dia datang kepada Nabi saw. mengatakan: "Ya Rasulullah! Izinkanlah saya membatalkan perjanjian saya!" Rasulullah saw.menolak. Sekali lagi dia datang kepada beliau dan mengatakan: "Izinkanlah saya membatalkan perjanjian saya!" Nabi tetap menolak. Kemudian orang itu pergi (meninggalkan Madinah). Lalu Rasulullah saw. bersabda: "Madinah ini seperti dapur tukang besi, dibuangnya yang buruk dan tinggal yang baik." |