Hadis Sahih Bukhari No. 1923 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1923, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Setiap Allah mengutus seorang Rasul atau mengangkat seorang Khalifah (Kepala pemerintahan) disampingnya ada dua orang pembantu terdekat. Yang seorang menyuruh dan menggalakkannya melakukan perbuatan baik, sedang yang seorang lagi menyuruh dan menggalakkannya melakukan perbuatan jahat. Orang yang terpelihara dari kesalahan ialah orang yang dipelihara Allah." |