Hadis Sahih Bukhari No. 1921 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1921, Dari Abdullah bin Abbas r.a. bahawa Abu Sufyan bin Harb bercerita kepadanya, bahawa Hirakla menyuruhnya datang bersama rombongan kaum Quraisy. Hirakla mengatakan kepada juru bahasanya, supaya disampaikan: "Saya bertanya kepada orang ini (Abu Sufyan). Sebab itu, kalau dia berdusta kepada saya hendaklah kamu katakan bahawa dia berdusta. Lalu disebutkan oleh Abu Sufyan cerita (soal jawab antara Hirakla dengan Abu Sufyan) Kemudian itu Hirakla menyuruh juru bahasanya mengatakan: "Kalau apa yang engkau ucapkan itu sebenarnya maka nanti dia (Muhammad) akan menguasai tempat berpijak kedua tapak saya ini. " |