Hadis Sahih Bukhari No. 1919 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1919, Dari Abu Hurairah r.a. dan Zaid bin Khalid Al Juhani r.a., katanya: Datang seorang Arab dusun mengatakan: "Ya Rasulullah! Putuskanlah perkara antara kami menurut Kitab Allah!" Lawan nya berdiri dan mengatakan pula: "Benar begitu! Putuskanlah antara kami menurut Kitab Allah!" Kata orang Arab dusun: "Sesungguhnya anak saya bekerja sebagai orang upahan dari orang ini, lalu dia berzina dengan perempuan orang ini. Ada yang mengatakan kepada saya, bahawa anak engkau perlu dihukum rejam. Kerana itu anak tadi saya tebusi dengan seratus kambing dan seorang hamba sahaya. Kemudian saya tanyakan pula kepada ahli pengetahuan, dijawabnya bahawa hukuman untuk anak itu seratus dera dan pengasingan satu tahun." Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya aku akan memutuskan perkara antara engkau berdua menurut Kitab Allah. Adapun hamba sahaya dan kambing dikembalikan kepada engkau dan anak engkau dihukum seratus kali dera dan pengasingan selama satu tahun. Dan engkau hai Unais berkenaan dengan laki-laki ini, pergilah di pagi hari kepada perempuan orang ini dan rejamlah perempuan itu." Unais pergi di pagi hari kepada perempuan itu, lalu direjamnya. |