Hadis Sahih Muslim No. 1914 Jilid 4 Topik adalah Korban 1914. Dari Abu Zubaid maula Ibnu Azhar r.a. katanya dia pernah menghadiri solat hari raya Qurban bersama-sama 'Umar bin Khaththab, kemudian bersama Ali bin Abi Thalib. Beliau mengimami kami solat 'Id sebelum berkhutbah. Sesudah solat barulah beliau berkhutbah. Antara lain beliau berkata, "Rasulullah saw. melarang kalian memakan daging korban sesudah tiga hari. Lebih dari tiga hari jangan kalian makan lagi." |