Hadis Sahih Muslim No. 1911 Jilid 4 Topik adalah Korban 1911. Dari 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani r.a. katanya: "Rasulullah saw. membahagi-bahagikan haiwan korban kepada kami. Aku mendapat seekor kambing muda. Lalu ku katakan kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Aku mendapat kambing muda." Sabda beliau, "Berkorbanlah dengan itu!" |