Hadis Sahih Muslim No. 1909 Jilid 4 Topik adalah Korban 1909. Dari Al Bara' bin 'Azib r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Pekerjaan yang mula-mula kita lakukan hari ini ialah solat. Sesudah solat kita pulang lalu menyembelih korban. Siapa melakukan seperti itu, sesungguhnya dia melaksanakan sunnah ku dengan tepat. Siapa menyembelih korban sebelum solat 'Id, itu hanya merupakan daging yang biasa diberikannya kepada keluarganya, tidak merupakan ibadah korban sama sekali." |