Hadis Sahih Bukhari No. 1909 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1909, Abdullah bin Saadi r.a. menceritakan bahawa dia datang kepada Umar di masa pemerintahannya, lalu Umar bertanya kepadanya: "Benarkah apa yang diceritakan orang kepada saya, bahawa engkau. mengetui beberapa urusan orang banyak, tetapi apabila diberikan kepada engkau pembayaran (gaji), engkau menolak?" Saya menjawab: "Benar begitu." Kata Umar: "Apa maksud engkau dengan penolakan itu?" Saya menjawab: "Bahawa saya ada mempunyai beberapa ekor kuda dan beberapa hamba sahaya, sedang saya dalam keadaan serba cukup. Saya bermaksud hendak menjadikan gaji itu sedekah kepada kaum Muslimin." |