Hadis Sahih Muslim No. 1907 Jilid 4 Topik adalah Korban 1907. Dari Jundab bin Sufyan r.a. katanya: "Aku hadir solat 'Idul Adha bersama-sama Rasulullah saw. Tidak lama setelah selesai solat, beliau terlihat daging korban yang telah disembelih sebelum solat. Maka bersabda beliau, "Siapa menyembelih korban sebelum solat, maka hendaklah disembelihnya yang lain sebagai pengganti. Dan siapa yang belum menyembelih hendaknya menyembelihnya dengan menyebut nama Allah." |