Hadis Sahih Bukhari No. 1906 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1906, Dari Abdullah bin Umar r.a. menceritakan bahawa dia menceraikan isterinya ketika perempuan itu sedang haid. Lalu diceritakan oleh Umar kepada Nabi saw. dan beliau marah kerananya. Kemudian itu, beliau berkata: "Suruhlah kembali (rujuk) dan dipulanginya perempuan itu sampai suci. Sesudah itu, perempuan haid dan suci kembali. Maka kalau menurut pendapatnya akan diceraikan, boleh diceraikannya perempuan itu." |