Hadis Sahih Bukhari No. 1905 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1905, Dari Abu Masud Al Ansari r.a. katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw. mengatakan: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya demi Allah terhenti solat Subuh (dengan berkaum-kaum) kerana si Anu sangat memanjangkan bacaannya dalam solat." Saya belum pernah melihat Nabi saw. sangat marah melebihi hari itu dalam memberikan pengajaran. Beliau bersabda: "Hai orang banyak! Di antara kamu ada yang menyebabkan orang lari (dari beribadat). Sebab itu, siapa di antara kamu yang menjadi Imam solat bagi orang banyak, hendaklah menyederhanakan solatnya, kerana di antara jemaah ada orang tua, orang lemah dan yang punya keperluan." |