Hadis Sahih Muslim No. 1899 Jilid 4 Topik adalah Buruan 1899. Dari Abu Sa'id r.a. katanya seorang Arab dusun datang kepada Nabi saw. seraya berkata: "Aku tinggal di negeri yang banyak biawak dan binatang itu adalah makanan umum penduduk negeri." Rasulullah saw. tidak menjawab perkataannya lalu kami suruh dia mengulangi. Maka diulanginya bertanya. Tetapi Rasulullah belum juga menjawab sehingga diulangnya bertanya sampai tiga kali. Setelah kali yang ketiga, beliau memanggilnya, "Hai, Arab! Sesungguhnya Allah Ta'ala pernah mengutuk sebuah suku dari Bani Israil dan mengubah bentuknya seperti binatang. Aku tidak tahu apakah binatang itu biawak. Kerana itu aku tidak suka memakannya. Namun begitu aku tidak pula melarang memakannya." |