Hadis Sahih Muslim No. 1898 Jilid 4 Topik adalah Buruan 1898. Dari 'Abdullah bin Abbas r.a. katanya: "Aku dan Khalid bersama-sama dengan Rasulullah saw. datang ke rumah Maimunah (isteri Rasulullah saw.) lalu dihidangkan orang daging dhab (biawak) dibakar. Rasulullah mengulurkan tangannya ke hidangan itu, tiba-tiba berkata seorang wanita yang berada di rumah Maimunah, katanya: "Beritahulah Rasulullah saw. tentang hidangan yang hendak dimakan beliau itu." Kerana itu beliau menarik tangannya kembali. Tanya ku, "Apakah itu haram, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Tidak! Tetapi kerana tidak ada di negeriku, maka aku merasa jijik memakannya." Kata Khalid, "Lalu ku ambil daging itu dan ku makan, sedangkan Rasulullah saw. melihat saja." |