Hadis Sahih Muslim No. 1894 Jilid 4 Topik adalah Buruan 1894. Dari Anas r.a. katanya: "Tatkala Rasulullah saw. menaklukkan Khaibar, kami menangkap keldai di luar kota, lalu kami masak. Tiba-tiba datang pesuruh Rasulullah saw. berseru; "Perhatian! Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kalian semua memasak daging keldai kerana daging keldai itu najis (dan memasaknya) termasuk perbuatan syaitan." Maka dibalikkan orang periuk sehingga isinya tumpah semuanya. |