Hadis Sahih Muslim No. 1893 Jilid 4 Topik adalah Buruan 1893. Dari Salamah bin Akwa' r.a. katanya: "Kami berangkat bersama-sama Rasulullah saw. menuju Khaibar. Kemudian Allah Ta'ala menaklukkannya untuk kemenangan mereka (kaum muslimin). Ketika hari telah petang pada hari penaklukan itu, para prajurit banyak menyalakan api, maka bertanya Rasulullah saw., "Api apa itu, untuk apa kamu nyalakan?" Jawab mereka, "Untuk memasak daging." Tanya beliau, daging apa?" Jawab mereka, "Daging keldai jinak." Maka bersabda Rasulullah saw., "Tumpahkan daging itu dan pecahkan periuknya!" Tanya seorang lelaki, "Bagaimanakah kalau kami tumpahkan isinya lalu kami cuci periuknya?" Jawab beliau, "Atau begitu boleh juga." |