Hadis Sahih Bukhari No. 1887 Jilid 4 Topik adalah Dajjal 1887, Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya: "Rasulullah saw. berdiri (berpidato) di hadapan orang banyak. Beliau memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan kebesaran Allah dan sesudah itu beliau menyebutkan dajjal. Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku memperingatkan bahaya dajjal itu kepada kamu. Setiap Nabi telah memperingatkan kepada kaumnya tentang dajjal itu. Tetapi aku mengatakan kepada kamu tentang dajjal suatu perkataan yang belum diucapkan oleh Nabi-nabi yang lain kepada kaumnya: "Bahawa sesungguhnya dajjal itu buta matanya sebelah dan sesungguhnya Allah tidak begitu." |