Hadis Sahih Muslim No. 1882 Jilid 4 Topik adalah Buruan 1882. Dari 'Adi bin Hatim r.a. katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw., "Kami ini suatu kaum yang biasa hidup berburu dengan mempergunakan anjing-anjing ini. Bagaimana itu?" Jawab Nabi saw., "Apabila kamu melepas anjingmu yang terlatih dengan menyebut nama Allah, makanlah tangkapannya sekalipun buruan itu mati ditangkapnya. Kecuali jika anjing-anjing itu memakan tangkapannya maka janganlah kamu makan pula, kerana aku khuatir dia menangkap buruan itu untuknya sendiri. Atau jika ada anjing lain yang menyertainya menangkap, jangan pula kamu makan." |