Hadis Sahih Muslim No. 1881 Jilid 4 Topik adalah Buruan 1881. Dari 'Adi bin Hatim r.a. katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Aku melepas anjing pemburu yang terlatih lalu ditangkapnya buruan untukku dan aku telah menyebut nama Allah ketika melepasnya. Bagaimana itu?" Jawab Rasulullah saw., "Apabila kamu melepas anjing pemburu yang terlatih dan Kamu menyebut nama Allah ketika melepaskannya, makanlah tangkapannya." Tanya ku, "Bagaimana jika buruan itu mati ditangkapnya?" Jawab beliau, "Meskipun mati, selama tidak ada anjing lain yang menyertainya menangkap." Tanya ku, "Aku melempar buruan dengan mi'radh) lalu kena. Bagaimana itu?" Jawab beliau, "Apabila kamu melempar dengan mi'radh lalu kena, niatkanlah buruanmu itu. Tetapi jika yang mengena lintangnya, jangan dimakan. |