Hadis Sahih Bukhari No. 1875 Jilid 4 Topik adalah Kacau 1875, Dari Huzaifah r.a. katanya: Ketika kami sedang duduk dekat Umar, beliau mengatakan: "Siapakah di antara kamu yang menghafal (ingat) akan sabda Nabi saw. tentang fitnah?" Kata Huzaifah: "Fitnah laki-laki kerana isteri, harta, anak dan tetangganya ditutupi oleh solat, sedekah, menyuruh berbuat baik dan mencegah perbuatan salah." Kata Umar: "Bukan ini yang saya tanyakan kepada engkau, melainkan fitnah (kekacauan) yang berombak seperti ombak laut." Kata Huzaifah: "Hal itu tidak membahayakan kepada engkau, hai Amirul Mukminin! Antara engkau dengan fitnah itu ada pintu yang terkunci." Umar bertanya: "Apakah pintu itu dipecah atau dibuka?" Jawab Huzaifah: "Bahkan dipecah." Kata Umar: "Kalau begitu, tidak dapat ditutup untuk selamanya." Kata Huzaifah: "Benar begitu!" Kami bertanya kepada Huzaifah: Adakah Umar mengetahui apa yang dimaksud dengan pintu itu?" Jawab Huzaifah: "Ya! Diketahuinya sebagaimana saya mengetahui ada malam sebelum pagi esok." |