Hadis Sahih Bukhari No. 1870 Jilid 4 Topik adalah Kacau 1870, Dan Abu Bakrah r.a., bahawa Rasulullah saw. berpidato di hadapan orang banyak, kata beliau: "Tahukah kamu hari apa ini?" Orang menjawab: "Allah dan RasulNya lebih tahu." Kami sampai mengira, bahawa beliau akan memberi nama selain dari nama yang biasa. Selanjutnya beliau berkata: "Bukankah hari Nahar (korban)?" Jawab kami: "Benar, ya Rasulullah?" Kata Nabi: "Negeri apa ini?" Bukankah tanah suci?" Jawab kami: "Benar, ya Rasulullah!" Sabda Nabi: "Sesungguhnya darahmu, harta mu, kehormatanmu kulitmu terjamin (tidak boleh diganggu) seperti kehormatan hari kamu ini, dalam bulan ini, di negeri kamu ini. Bukankah aku sudah menyampaikan?" . Kami menjawab: "Sudah!" Kata Nabi: "Ya Allah, kiranya Engkau menjadi saksi! Sebab itu, orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir, kerana banyak juga yang menyampaikan pelajaran disampaikannya kepada orang yang lebih cepat mengerti. Maka orang itu menjadi lebih mengerti. Janganlah kamu sepeninggal ku kembali menjadi kafir memenggal leher satu sama lain." |