Hadis Sahih Muslim No. 1866 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1866. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw. datang ke rumah Ummu Haram binti Milhan, isteri 'Ubadah bin Shamit. Lalu beliau dihidang makan oleh Ummu Haram. Sesudah makan, Ummu Haram duduk menyisir rambut Rasulullah saw., lalu beliau tertidur. Ketika terbangun beliau tertawa. "Mengapa Anda tertawa, ya Rasulullah?" tanya Ummu Haram. Jawab Nabi saw., "Serombongan umat ku diperlihatkan Allah Ta'ala kepada ku, mereka berperang Fi Sabilillah mengarungi lautan dengan kapal, bagaikan raja-raja di atas tahta." Kata Ummu Haram, "Doakanlah semoga aku termasuk dalam rombongan mereka." Beliau merebahkan kepalanya kembali lalu tertidur. Setelah terbangun beliau tertawa pula. "Mengapa Anda tertawa, ya Rasulullah?" tanya Ummu Haram. Jawab Nabi saw., "Serombongan umat ku diperlihatkan Allah Ta'ala kepada ku sedang berperang Fi Sabilillah," kata beliau menceritakan seperti ceritanya yang pertama. Kata Ummu Haram, "Doakanlah semoga aku termasuk rombongan mereka." Sabda Rasulullah saw., "Engkau dalam rombongan yang pertama." Memang pada masa pemerintahan Mu'awiyah, Ummu Haram turut dalam pasukan Islam berlayar ke medan perang. Ketika mendarat dia jatuh dari untanya lalu mati." |