Hadis Sahih Muslim No. 1858 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1858. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah saw. ditanya tentang orang-orang yang berperang kerana hendak memperlihatkan keberaniannya, berperang kerana hendak membela kesukuannya, dan berperang kerana ingin dipuji. Maka manakah yang disebut fi sabilillah?" Jawab Rasulullah saw., "Iaitu orang yang berperang menegakkan kalimah (agama) Allah setinggi-tingginya. Itulah yang disebut fi sabilillah." |