Hadis Sahih Muslim No. 1857 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1857. Dari Abu Musa Al Asy'ari r.a., katanya: "Seorang lelaki Arab dusun mendatangi Nabi saw. lalu dia berkata: "Ya, Rasulullah! Ada orang berperang untuk mendapatkan harta rampasan. Ada pula supaya dia terkenal sebagai pahlawan. Dan ada pula supaya kedudukannya dihormati. Siapakah sebenarnya yang berperang fi Sabilillah?" Jawab Rasulullah saw., "Iaitu orang yang berperang menegakkan kalimah Allah setinggi-tingginya. Itulah yang disebut Fi Sabilillah." |