Hadis Sahih Muslim No. 1854 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1854. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. menugaskan Busaisah memata-matai kekuatan dan gerak-geri pasukan Abu Sufyan. Ketika Busaisah datang melapor, di rumah tidak ada seorang pun selain aku dan Rasulullah saw. Mungkin kalau aku tidak tahu barangkali beliau mengistimewakan sebahagian isteri beliau (boleh mendengar berita rahsia). Lalu Busaisah menyampaikan laporannya. Kata Anas, kemudian Rasulullah keluar dan bersabda, "Kita berangkat sekarang untuk suatu tujuan. Siapa yang telah siap kenderaannya, berangkatlah bersama kami!" Seorang lelaki minta izin kepada beliau hendak mengambil kenderaannya di luar kota. Sabda beliau, "Tidak usah! Cukup orang-orang yang kenderaannya telah siap saja!" Maka berangkatlah Rasulullah saw. beserta para sahabatnya sehingga mereka lebih dahulu tiba di Badar daripada kaum musyrikin. Setelah kaum musyrikin tiba, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat, "Kalian tidak boleh bertindak sebelum ada perintah daripadaku!" Setelah kaum musyrikin tambah dekat maka bersabda beliau, "Majulah kalian ke syurga, yang lebarnya selebar langit dan bumi!" Lalu bertanya 'Umair bin Humam Al Anshari, "Ya, Rasulullah! Syurga lebarnya selebar langit dan bumi?" Jawab beliau, "Ya!" Kata 'Umair, "Wah, wah!" Tanya Rasulullah saw., "Mengapa, wah..wah, katamu?" Jawab 'Umair, "Tidak, demi Allah, ya Rasulullah! Aku hanya berharap semoga aku menjadi penghuninya." Jawab Nabi saw., "Ya, sesungguhnya engkau jadi penghuninya!" Kemudian dikeluarkannya kurma dan kantong perbekalannya lalu dimakannya sebahagian. Sesudah itu dia berkata, "Seandainya aku masih hidup sampai kurmaku ini habis ku makan, sungguh lama sekali." Maka dilemparkannya kurmanya yang masih tersisa di tangannya, lalu dia maju bertempur melawan musuh sehingga dia mati terbunuh." |