Hadis Sahih Bukhari No. 1848 Jilid 4 Topik adalah Mimpi 1848, Dari Abu Said Al Khudri r.a. sesungguhnya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu bermimpi dengan mimpi yang disukainya, maka mimpi itu dari Allah. Maka hendaklah dia memuji Allah kerananya dan boleh diceritakannya kepada orang lain. Tetapi apabila dia bermimpi bukan demikian, iaitu tidak disukainya, maka sesungguhnya mimpi itu dari syaitan. Sebab itu, hendaklah dia berlindung (kepada Allah) dari bahaya mimpi itu dan tidak usah diceritakannya kepada siapa pun, kerana mimpinya itu tidak akan berbahaya kepadanya," |