Hadis Sahih Muslim No. 1847 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1847. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Seorang pemuda dari suku Aslam berkata kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya aku ingin hendak turut berperang tetapi aku tidak mempunyai perlengkapan." Sabda Nabi saw., "Datangilah si Fulan kerana dia telah berlengkap tetapi dia sakit." Maka datanglah pemuda itu kepada si Fulan lalu katanya, "Rasulullah saw. berkirim salam untuk anda dan menyuruh anda memberikan perlengkapan perang anda kepada ku." Kata si Fulan kepada isterinya. "Hai Fulanah! Berikan perlengkapan perangku kepada pemuda ini semuanya satu pun jangan ada yang ketinggalan. Demi Allah! Satu pun jangan ada yang ketinggalan! Allah Ta'ala akan memberi berkat kepada mu kerananya!" |