Hadis Sahih Muslim No. 1842 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1842. Dari Abu Sa'id r.a., katanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., "Siapakah manusia yang paling utama, ya, Rasulullah?" Jawab beliau, "Orang mukmin yang berjuang dengan diri dan hartanya fi sabilillah (untuk menegakkan agama Allah)." Tanya, "Kemudian siapa lagi?" Jawab Rasulullah saw., "Orang yang mengasingkan diri ke hutan-hutan untuk menyembah Tuhannya, supaya mereka terhindar dari kejahatan." |