Hadis Sahih Bukhari No. 1836 Jilid 4 Topik adalah Hukuman 1836, Dari Sahal bin Saad r.a., bahawa orang laki-laki mengintai ke pintu dekat bilik Rasulullah saw. dan Rasulullah memegang sebuah sisir yang biasa dipergunakan beliau untuk menggarut kepalanya. Setelah Rasulullah saw. melihat orang itu, beliau berkata: "Kalau aku tahu engkau mengintai, nescaya ku tusuk dengan ini matamu." Selanjutnya Rasulullah saw.bersabda: "Izin itu diperlukan kerana melihat." |