Hadis Sahih Muslim No. 1834 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1834. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah Ta'ala telah menjamin bagi orang yang pergi berperang fi sabilillah (untuk menegakkan agama Allah) dengan firman-Nya, "Siapa yang pergi jihad (berperang atau berjuang) hanya semata-mata untuk menegakkan atau membela agamaKu, dan kerana iman denganKu, serta percaya kepada RasulKu, maka Aku menjamin bahawa Aku akan memasukkannya ke syurga, atau mengembalikannya pulang ke rumahnya membawa kemenangan, berupa pahala dan harta rampasan. Demi Allah yang jiwa Muhammad berada dalam kuasa-Nya, tidak ada seorang pun yang terluka dalam perang fi sabilillah, melainkan dia akan datang kelak di hari kiamat dalam keadaan luka seperti semula. Warna darahnya merah, dan baunya harum seperti kasturi. Demi Allah yang jiwa Muhammad dalam kuasaNya, seandainya tidaklah akan menyulitkan bagi kaum muslimin, tidaklah aku sampai hati untuk membiarkan sebahagian mereka untuk tidak ikut berperang menegakkan agama Allah. Tetapi aku tidak beroleh kelapangan untuk menanggung biaya mereka, sedangkan mereka tidak pula mempunyai kelapangan, padahal mereka merasa kecewa tidak ikut berperang bersama ku. Demi Allah yang jiwa Muhammad berada dalam kuasaNya, sesungguhnya aku ingin sekali berperang fi sabilillah lalu aku mati, kemudian aku berperang lagi, lalu mati pula, kemudian aku berperang kembali lalu mati pula." |