Hadis Sahih Muslim No. 1829 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1829. Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya: "Rasulullah saw. memeriksa ku ketika hendak berangkat perang Uhud. Ketika itu aku baru berusia empat belas tahun. Beliau tidak membolehkan pergi berperang. Ketika hendak berangkat ke medan perang Khandaq, beliau memeriksa ku pula. Ketika itu aku telah berusia lima belas tahun dan beliau membolehkan ku ikut berperang." Kata Nafi', "Maka ku datangi 'Umar bin 'Abdul 'Am, - ketika itu dia telah menjadi Khalifah - lalu ku sampaikan kepadanya hadis tersebut. Katanya, "Sesungguhnya itu adalah batas antara usia kecil dan usia dewasa. Lalu dia tulis surat kepada seluruh pegawainya supaya mereka mewajibkan pelaksanaan tugas-tugas agama (mukallaf) bagi setiap anak yang telah mencapai usia lima belas tahun. Anak yang kurang dari usia tersebut menjadi tanggungan keluarganya." |