Hadis Sahih Muslim No. 1827 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1827. Dari 'Urwah r.a., bahawasanya Aisyah r.a., mengkhabarkan kepadanya tentang cara membaiat kaum wanita, katanya: "Rasulullah saw. tidak pernah memegang tangan seorang perempuan pun, sekali-kali tidak ketika membaiat mereka, beliau hanya membaiat dengan ucapan, lalu kaum wanita memberikan janjinya dengan ucapan pula. Sesudah itu beliau menyuruh mereka pergi, sabdanya, "Pergilah Anda, aku telah membaiat Anda semua!" |