Hadis Sahih Bukhari No. 1827 Jilid 4 Topik adalah Hukuman 1827, Dari Anas bin Malik r.a. bahawa seorang Yahudi memecah kepala seorang anak perempuan disepitkan antara dua batu. Lalu ditanyakan kepada anak perempuan itu, siapa yang memperbuatnya: "Si Anu atau si Anu?" Sampai tersebut nama Yahudi itu. Kemudian dia dibawa ke hadapan Nabi saw. dan diperiksa terus menerus sampai mengakui kesalahannya. Lalu kepalanya dipecah pula dengan batu. |