Hadis Sahih Muslim No. 1826 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1826. Dari 'Aisyah r.a., isteri Rasulullah saw., katanya: "Apabila para wanita yang beriman hijrah kepada Rasulullah saw., mereka selalu diuji sesuai dengan firman Allah 'Azza wa Jalla, "Wahai Nabi! Apabila datang kepada mu wanita-wanita yang beriman untuk mengadakan janji setia bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu apa jua pun, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, hingga akhir hayat, (Al Mumtahanah, 60 : 12). Kata 'Aisyah selanjutnya. "Siapa yang memegang teguh janji-janji tersebut dengan setia, bererti mereka lulus dari ujian. Dan apabila mereka telah mengikrarkan janji tersebut dengan ucapan mereka: Rasulullah menyuruh mereka pergi. Sabdanya, "Pergilah kalian! Aku telah membaiat kalian!" Kata 'Aisyah, "Demi Allah! Rasulullah saw. sekali-kali tidak memegang tangan seorang perempuan pun, sekali-kali tidak, selain hanya membaiat mereka dengan kata-kata." |