Hadis Sahih Muslim No. 1825 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1825. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya seorang Arab dusun bertanya kepada Rasulullah saw. mengenai hijrah. Jawab Nabi saw., "Sayang sekali, hijrah itu sangat berat. Adakah engkau mempunyai unta?" Jawab orang itu, "Ada!" Tanya, "Adakah engkau membayar zakatnya?" Jawab, "Ada!" Sabda Nabi saw., "Kalau begitu beramallah di negerimu, sesungguhnya Allah Ta'ala tidak akan mensia-siakan pahala amalmu sedikit jua pun." |