Hadis Sahih Bukhari No. 1814 Jilid 4 Topik adalah Hukuman 1814, Dari Anas r.a. katanya: Datang sekumpulan orang dari Ukal kepada Nabi saw. lalu mereka memeluk agama Islam dan sakit kerana tidak sesuai dengan udara Madinah. Nabi menyuruh mereka pergi kepada unta sedekah, meminum kencing dan susu unta itu. Mereka lakukan dan kerananya mereka menjadi sehat. Kemudian itu mereka murtad dan membunuh penggembala unta serta membawa lari unta itu. Nabi menyuruh mengikuti jejak mereka. Kemudian mereka dapat ditangkap dan dibawa ke hadapan Nabi saw. Lalu tangan dan kaki mereka dipotong dan dicungkil matanya. Kerana darah mereka tidak ditahan semuanya meninggal dunia. |