Hadis Sahih Bukhari No. 1813 Jilid 4 Topik adalah Hukuman 1813, Dari 'Ubadah bin Sham r.a. katanya: Saya berjanji kepada Rasulullah saw. bersama beberapa orang. Beliau berkata: "Aku mengambil janji kamu bahawa kamu tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak mencuri, tidak membunuh anak-anak kami, tidak mengadakan kebohongan yang kamu ada-adakan saja di antara tangan dan kaki kamu dan tidak akan melanggar perintahku berkenaan dengan perbuatan baik. Barangsiapa di antara kamu yang menepati janjinya, maka pahalanya akan dibayar cukup oleh Allah. Tetapi siapa yang melanggar sesuatu di antaranya, lalu orang itu mendapat hukuman di dunia kerana kesalahannya, maka hukuman itu menjadi penutup dosanya dan membersihkannya. Dan siapa yang ditutup oleh Allah kesalahannya (tidak menerima hukuman), maka terserahlah kepada Allah: kalau Dia mahu, orang itu diseksaNya dan kalau Dia suka diampuniNya." |