Hadis Sahih Bukhari No. 1808 Jilid 4 Topik adalah Hukuman 1808, Dari 'Ubadah bin Shamit r.a., katanya: Kami berada dekat Nabi saw. dalam suatu majlis, lalu beliau berkata: "Berjanjilah kepada ku, bahawa kamu tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak mencuri dan tidak berzina. Siapa di antara kamu yang menepati janjinya, nescaya Allah akan memberinya pahala. Tetapi siapa yang melanggar sesuatu di antaranya, lalu ditutupi Allah kesalahannya (tidak dihukum), maka terserah kepada Allah: Kalau Dia kehendaki diampuniNya kesalahan orang itu dan kalau Dia mahu diseksaNya." |