Hadis Sahih Bukhari No. 1806 Jilid 4 Topik adalah Hukuman 1806, Dari Umar bin Khattab r.a., bahawa ada seorang laki-laki di masa Nabi saw. namanya Abdullah dan digelarkan Himar. Dia pernah menyebabkan Rasulullah saw. tertawa dan Nabi saw. memukulnya kerana meminum minuman yang memabuk. Pada suatu hari, dia dibawa ke hadapan Nabi, kerana minum, lalu disuruh oleh Nabi supaya dia dipukul. Ada seorang laki-laki antara orang banyak, mengucapkan: "Ya Allah! Kutuklah orang itu! Acap kali benar dia dihadapkan kepada Nabi (kerana minum)." Lalu Nabi saw. bersabda: "Jangan kamu kutuki orang itu! Demi Allah! Yang aku ketahui orang itu mencintai Allah dan RasulNya." |