Hadis Sahih Muslim No. 1805 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1805. Dari Yahya bin Hushain r.a., dari neneknya Ummul Hushain, katanya dia mendengar neneknya bercerita: "Aku pergi menunaikan ibadah haji bersama Rasulullah saw. ketika Haji Wada' Ketika itu beliau berkhutbah panjang lebar. Antara lain aku mendengar beliau bersabda: "Seandainya pegawai yang ku angkat dalam pemerintahan seorang budak hidung kemek - mungkin yang dimaksud nenek, budak hitam - tetapi dia memerintah kamu dengan Kitabullah, maka hendaklah kamu patuh dan setia kepadanya." |