Hadis Sahih Muslim No. 1799 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1799. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw. berpidato di hadapan kamu tentang penggelapan (pencurian atau korupsi). Beliau mengatakan, penggelapan itu suatu perkara besar dan mempunyai akibat yang besar pula. Kelak di hari kiamat, janganlah ku dapati salah seorang kamu (yang menggelapkan atau korup) datang memikul di tengkuknya unta yang sedang melenguh-lenguh. Lalu dia berkata, "Ya Rasulullah! Tolonglah aku!" Lalu jawab ku, " Aku tidak kuasa sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dahulu telah ku katakan kepadamu?" Kelak di hari kiamat, janganlah ku dapati salah seorang kamu yang menggelapkan atau korup) memikul di tengkuknya kuda yang meringik-ringik. Lalu dia berkata. "Ya, Rasulullah! tolonglah aku!" Lalu jawab ku, "Aku tak kuasa sedikit jua pun menolong kamu. Bukankah dahulu telah ku katakan kepadamu?" Kelak di hari kiamat, janganlah ku dapati salah seorang kamu memikul di tengkuknya kambing yang mengembek-ngembek. Lalu dia berkata, "Ya, Rasulullah! Tolonglah aku!" Lalu jawab ku, "Aku tidak kuasa sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dahulu telah kukatakan kepadamu!" Kelak di hari kiamat janganlah ku dapati salah seorang kamu memikul orang berteriak-teriak di tengkuknya. Lalu katanya, '"Ya, Rasulullah! Tolonglah aku!" Lalu jawab ku, "Aku tidak dapat sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dahulu telah ku katakan kepadamu?" Kelak di hari kiamat, janganlah ku dapati salah seorang kamu datang kepada ku membawa selembar kain berkibar-kibar di tengkuknya, lalu dia berkata, "Ya, Rasulullah! Tolonglah aku!" Lalu jawab ku, "Aku tidak dapat sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dahulu telah ku sampaikan kepadamu?" Kelak di hari kiamat, janganlah ku dapati salah seorang kamu memikul harta kekayaan berupa emas dan perak di tengkuknya, lalu dia berkata, "Ya Rasulullah! Tolonglah aku!" Lalu jawab ku, "Aku tidak dapat sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dahulu telah ku katakan kepadamu?" |